THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday 9 October 2011

sains di sekeliling kita

Assalammualaikum dan salam sejahtera..sedikit sebanyak ilmu yang ingin di kongsikan bersama-sama.
Apa itu sains?atau sesuai diertikan dengan kata lain iaitu definisi sains.
DEFINISI SAINS
Sains diertikan sebagai huraian secara sistematik tentang fenomena tabii atau alam semulajadi.Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu,ilmu yang diperolehi secara sistematikk berdasarkan pengalaman deria yang dapat di buktikan secara objektif.Oleh itu,sains dapat disimpulkan sebagai satu himpunan ilmu pengetahuan manusia yang dikumpulkan melalui satu proses pegkajian dan dapat diterima oleh akal.

Awal sains dalam pendidikan awal kanak-kanak ini bertujuan untuk menjalankan penyelidikan mudah untuk menguji sesuatu idea atau konsep  asas sans.Selain itu juga dapat membuat aplikasi kemahiran proses sains memerhati,menaakul,mengukur,berfikir dan selainnya.Ia juga dapat menguasai dan mengaplikasikan pengetahuan terhadap perkaitan antara sains dan alam sekitar.

KENAPA SAINS DIPERKENALKAN DIPERINGKAT AWAL KANAK-KANAK 

Ia bertujuan untuk memupuk minat dan mengenal potensi kanak-kanak tersebut.Kanak-kanak juga dapat memahami dunia persekitaran dan dapat menghargai alam sekitar.Selain itu juga dapat merangsang minda kanak-kanak tersebut supaya berfikir.Dengan cara ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan pengetahuan dan rasa ingin tahu.

SAINS


Sains yang ada pada hari ini adalah hasil daripada perkembangan yang berlaku semenjak beribu-ribu tahun yang lalu melalui beberapa tamadun manusia.Ini merupakan daya usaha manusia memahami alam dan seterusnya berikhtiar untuk meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.Setelah mengalami perubahan yang begitu pesat mengikut keperluan masyarakat,peranan sains lebih kompleks.

APAKAH ITU SAINS
Sains adalah cabang ilmu pengetahuan yang mempunyai banyak ciri dan perbezaan berbanding dengan ilmu yang lain.Dalam kamus Oxford 1983,mentakrifkan sains sebagai cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen yang bersistem terhadap fenomena alam semulajadi.Sains bermatlamat untuk membuat rumusan idea,penerangan dan pemahaman terhadap fenomena semula jadi.John ziman (1984)seorang ahli sejarah sains telah memberikan takrif sains yang berlainan mengikut aspek tertentu.Jika sains ditakrifkan sebagai pengetahuan yang terancang ia memperlihatkan ciri ilmiah yang mana fenomena alamyang dikaji dan ditemui melalui penyelidikan diterbitkan dalam buku atau jurnal untuk bacaan umum.Pengetahuan ini mempunyai pengaruh yang kuat melalui penggunaannya dalam teknologi.