THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 10 November 2011

KEMPEN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog saya.Di sini ingin saya berkongsi tentang satu kempen yang telah dipilih oleh saya iaitu tentang pemuliharaan alam sekitar.Banyak yang kita dengar tentang pencemaran alam sekitar dan menyebabkan penyakit kepada manusia.Oleh itu saya akan mengulas lebih lanjut tentang pemuliharaan alam sekitar agar kita dapat menjaga alam sekitar dengan lebih baik dan sempurna.


Alam semulajadi merupakan satu anugerah Allah SWT yang amat besar dan tidak ternilai kepada manusia.Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini.Sudah sedia maklum Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia.Kita harus bersyukur ditempatkan dibumi ini.Lihatlah tersedia indah gunung-ganang,tumbuh-tumbuhan menjadi sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan.Tak lupa juga dengan pelbagai jenis haiwan dan kehidupan di lautan.Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan.Di samping memberi keselesaan yang sempurna kepada manusia.

Persekitaran yang bersih juga membolehkan kita menyedut udara yang segar.Udara yang bersih dan segar juga sangat bernilai kepada kehidupan manusia dan membolehkan kita menikmati keselesaan.Kita akan berasa selesa jika tiada gangguan di persekitaran kita.Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.Tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan.Kita akan berasa selesa jika tiada gangguan di persekitaran kita.Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik.Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga,orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas,marah dan tidak selesa.Aktiviti beriadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Anda semua sedia maklum,penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa.Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran.Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyebaran korban dioksida.Akhirnya,pemanasan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran.Penjagaan sumber-sumber manusia alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah,sebagai mengawal hakisan tanah dan banjir.Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.


Alam sekitar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit.Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat,nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria,demam denggi,taun dan sebagainya.Keadaan ini juga dapat melindungi makanan kita daripada vektor-vektor penyakit dan dengan itu masalah pencemaran dan keracunan makanan dapat dielakkan.Selain itu,di rumah juga kita dapat mengelakkan gangguan daripada serangga jika persekitaran dirumah kita bersih.Alam sekitar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti lalat, nyamuk, lipas dan sebagainya. Tanpa serangga, kita dapat hidup selesa tanpa pengawit.Selain itu juga,air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia.Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan.Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70 peratus air.Sekiranya kehilangan air,hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga.Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada kehidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air.Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi ini.Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia,masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan ait terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula,alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat menggelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia.Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurag,sebagai contoh hidupan laut seperti udang,ikan dan seumpanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia.Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut,kepupusan kehidupan laut akan berlaku.Manakala,tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit.Aalam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan ait terpelihara.

Di samping itu,alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara.Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong asing.Kedatangan pelancong asing kedalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing,dan ini juga akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita.Selain itu,kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perhidmatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.Dengan ini,imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya,pemeliharaan muka bumi ini perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan,sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan,ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan,keindahan dan kedamaian disamping udara yang bersih.Justeru itu,semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.