THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, 3 December 2011

MEMBUAT EKSPERIMEN SAINS UNTUK KANAK-KANAK

KAJIAN TENTANG KACANG HIJAU


assalammualaikum dan salam sejahtera.Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kajian yang telah saya lakukan iaitu kajian tentang kacang hijau menjadi taugeh.

PENDAHULUAN.(Pembiakan dan percambahan biji benih )

TEORI.
 Tumbuhan memerlukan cahaya matahari kerana cahaya matahari terdiri daripada vadiasi elektromagnetik yang di bebaskan sebagai tenaga ketika matahari menghasilkannya melalui simpanan hidrogenn yang letaknya berjuta-juta batu dari bumi.Radiasi elektromagnetik yang di terima oleh tumbuhan adalah kunci utama dalam proses fotosintesis.Fotosistesis adalah penting kerana melalui cara inilah tumbuhan mendapat tenaga.

Air bertindak sebagai pelarut bagi mineral dan menyimpan makanan yang akan di perlukan oleh tumbuhan.Penyejatan air di atas permukaan daun membantu menyejukkan tumbuhan ketika cuaca panas sepertimana proses perpeluhan yang di alami oleh manusia untuk membantu menyejukkan badan.Tumbuhan juga memerlukan air ketika musim sejuk.Air di serap dan di simpan didalam akar semasa musim sejuk.Apabila air menjadi beku,pergerakan air adalah sangat terhad. 

Tumbuhan juga memerlukan udara yang bersih.Tumbuhan hijau menggunakan gas karbo dioksida daripada udara untuk digunakan dalam proses fotosintesis bagi menghasilkan makanan.Udara yang kotor,dan berjerebu akan menghalang matahari yang diperelukan oleh tumbuhan.Tanpa udara,tumbuhan akan mati.Oksigen yang bersih adalah satu resipi fotosintesis yang dihasilkan oleh tumbuhan itu sendiri.Pergerakkan udara di sekitar tumbuhan dapat menghalang jangkitan,terutama sekali jangkitan kulat dimana udara berada terlalu dekat dan lembab.Ia juga tidak akan mengering dengan cepat apabila daun basah.

ADAKAH TUMBUHAN MAMPU HIDUP TANPA AIR?


Radas dan Bahan
1-Biji benih kacang hijau
2-Botol kaca
3-Air
4-Kapas

PEMBOLEHUBAH :

Manipulasi : Kehadiran Air
 Bergerak Balas : Percambahan Biji Benih
Malar : Kuantiti biji benih

 PROSEDUR

1-Ambil beberapa biji benih kacang hijau diletakkan di dalam botol kaca.

2-Kedua-dua botol yang mengandungi biji benih kacang hijau diletakkan di bawah cahaya matahari.

3-Botol A di siram setiap hari.

4-Manakala botol B tidak disiram air.


KEPUTUSAN 

Botol A dari segi pemerhatian saya ialah biji benih bercambah.Manakala inferens pula bagi botol A ialah kita dapat lihat biji benih mendapat air yang cukup untuk bercambah.

Botol B pula kita dapat lihat bahawa biji benih tidak bercambah dan menjadi kering.Dari segi inferens pula biji benih di botol B tidak mendapat air yang cukup untuk bercambah.Hal ini menyebabkan pemecahan selaput biji benih tidak terjadi.

 MAKLUMAT SERBA SEDIKIT YANG DAPAT DI KONGSIKAN BERSAMA SETELAH EKSPERIMEN SELESAI.

 1- Apabila biji benih yang sudah matang kebiasaannya sangat kering dan memerlukan air yang cukup banyak sebelum proses metabolism selular dan tumbesaran berlaku.Kebanyakan  biji benih akan bercambah dengan baik sekirannya terdapat air yang mencukupi untuk melembabkan biji benih tetapi jangan merendam terus biji benih tersebut di dalam air.
 
2-Pengambilan air oleh biji benih dikenali sebagai penyerapan yang akan menyebabkan selaput biji benih membengkak dan pecah.Apabila biji benih di hasilkan kesemua tumbuhan menyimpan makanan seperti kanji,protien,atau minyak untuk tumbesaran terhadap embrio yang terdapat di dalam biji benih.Apabila biji benih menyerap air,enzim hidrolitik di aktifkan untuk memecahkan makanan yang tersimpan kepada mineral dan bahan-bahan kimia yang berguna,dan seterusnya membenarkan sel embrio untuk terus bercambah dan membahagi. 

3-Apabila biji benih sudah mula bercambah,makanan yang tersimpan di dalamnya akan habis.Oleh sebab itulah,biji benih yang bercambah memerlukan air secara berterusan nutrien dan cahaya untuk fotosintesisyang akan menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk memastikan tumbesarann yang berterusan.

4-Biji benih yang digunakan di dalam eksperimen ini adalah daripada kualiti yang terbaik untuk memastikan biji benih dapat bercambah dengan baik.

 KESIMPULAN 

Biji benih memerlukan air untuk bercambah.Biji benih embrio memerlukan air untuk memulakan proses pertumbuhan.

0 comments: